Posts

KESIMPULAN

Ajaran sesat membawa pelbagai kesan buruk dalam kehidupan manusia yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh dan utuh. Oleh yang demikian satu anjakan paradigma harus dilaksanakan oleh badan-badan kerajaan dan swasta serta masyarakat sejagat agar dapat mengatasi masalah akidah yang sudah pastinya menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.

17 ajaran sesat baharu dikesan tahun lalu

Sebanyak 17 kumpulan ajaran sesat baharu yang menyeleweng daripada akidah Islam dikesan pada tahun lalu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Selain itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapati sebanyak 19 daripada 39 kumpulan ajaran sesat yang dikenal pasti sebelum ini masih bergerak aktif. "Inilah antara kebimbangan kita selaku umat Islam. Namun, hasil usaha komited dan konsisten JAIS dan agensi berkaitan, sebanyak 246 tangkapan dilakukan sepanjang tahun lalu berkaitan ajaran sesat ini. "Saya berharap usaha ini mendapat kerjasama semua pihak. Marilah kita usahakan dan mengetepikan perbezaan bagi memastikan usaha memartabatkan institusi ahli sunnah wal jamaah terus diperkasakan di Malaysia," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Multaqa Dakwah dan Pemikiran Islam, Majlis Perundingan Islam (MPI) 2018 dengan tema 'Transformasi Dakwah dan Pemikiran Islam' di sini, ...

AJARAN SESAT

Image
PENGENALAN Isu berkaitan akidah dan ajaran sesat merupakan masalah yang sentiasa wujud dan tidak berkesudahan Gejala besar ini boleh mencemarkan kesucikan islam Fahaman dan amalan yang bertentangan dengan syariat islam Bertapak sejak awal kedatangan islam pada abad ke 15 PENGERTIAN  Ajaran yang didakwa sebagai ajaran islam sedangkan pada hakikatnya ia bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. CIRI-CIRI AJARAN SESAT Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah islam Mendewa-dewakan pemimpin Menolak perkara yang qat’ie dalam islam Mengubahbentuk-bentuk ibadat Mengubah konsep dosa dan pahala Mencemarkan kesucian Al-Quran dan Hadis FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN&PERKEMBANGAN AJARAN SESAT Aqidah yang rapuh Lemah spiritual Mudah terpengaruh Penguatkuasaan yang lemah KESAN MENGAMALKAN AJARAN SESAT Kesan terhadap individu Kesan terhadap masyarakat Kesan terhadap negara CONTOH AJARAN SESAT Qadiani(Mirza Ghulam Ahmad) Bah...